Page 68 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 68

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Magic Ring telah direka cipta berdasarkan Teori Perkembangan Jean Piaget
                        yang mengutamakan benda maujud dalam  pembelajaran dan sifat kanak-
                        kanak yang suka warna-warni. Ujian Pra dan Ujian Pasca telah digunakan
                        untuk  mengenal  pasti  pencapaian penguasaan  pengiraan  operasi  tambah
                        dan tolak dengan mengumpul semula antara dua nombor lingkungan nombor
                        1000 sebelum dan selepas pelaksanaan Magic Ring.

                        Tempoh masa menjawab Ujian Pra/Pasca bagi operasi tambah ialah 15 minit
                        (10  soalan)  manakala  30  minit  (20  soalan) bagi  operasi  tolak.  Kedua-dua
                        ujian  ini  telah  dibina  berdasarkan  aras  kesukaran  soalan  berpandukan
                        kepada  prinsip  pembahagian  kesukaran  item  iaitu  30  peratus  (aras
                        kesukaran tinggi), 40 peratus (aras kesukaran sederhana) dan 30 peratus
                        (aras kesukaran rendah) (Hilezan Zainal, Parimalarani Sivasubramaniam &
                        Tan Kim Lan, 2014). Seramai 40 orang murid dari tiga buah sekolah rendah
                        daerah Keningau terlibat dalam kajian inovasi ini. Pembelajaran Magic Ring
                        dilaksanakan dengan lembaran kerja operasi tambah dan tolak (10 soalan).
                        Pembelajaran  operasi  tambah  dijalankan  di  sebuah  sekolah  manakala
                        operasi  tolak  dijalankan  di  dua  buah  sekolah.  Analisis  Ujian  Pasca
                        menunjukkan murid dapat menjawab soalan operasi tambah dan tolak antara
                        dua nombor lingkungan 1000 masing-masing dengan peningkatan min 62.0
                        peratus dan 60.0 peratus. Murid dapat menjelaskan konsep operasi tambah
                        dan tolak dengan betul.


                        Magic  Ring  (MR)  telah  direka  cipta  melalui  ilham  pengkaji  sendiri  hasil
                        daripada pemantauan penyeliaan praktikum guru pelatih dan keluhan guru
                        Matematik yang menyatakan murid Tahap 1 tidak memahami konsep serta
                        tidak menguasai pengiraan operasi tambah dan tolak dengan baik walaupun
                        jari-jemari digunakan sebagai sokongan pembelajaran. MR adalah gabungan
                        10  ring  kecil  berwarna-warni  yang  disusun  secara  berselang  seli  dan
                        dimasukkan ke satu ring besar. Ring kecil ini sesuai untuk disarungkan pada
                        jari  murid  Tahap  1  kerana  saiznya  padan  dengan  saiz  jari  mereka.  MR
                        mempunyai  keunikan  berwarna-warni,  menghasilkan  bunyi  muzik,  boleh
                        direplikasikan, mudah digunakan, berbentuk hands-on dan kos yang murah
                        RM2.10 (seunit) sahaja.

                        PENGGUNAAN


                        Murid  suka  dan  berminat  dengan  Magic  Ring  kerana  bentuknya  sangat
                        menarik, berwarna-warni, senang digunakan dan menghasilkan bunyi muzik
                        yang menyeronokkan apabila menggoyangkannya. Pemerhatian ini disokong
                        dengan pelibatan aktif, mimik muka gembira dan semangat murid semasa

                                                               59
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73