Page 5 - Majalah Panglima 2021
P. 5
EDISI 26 - 2021 PANGLIMA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA, e-Majalah ini dapat juga diterbitkan dengan jayanya.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah
dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Panglima Perang Kiri. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi majalah sekolah 2021.
Kejayaan ini merupakan sambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan memberikan makna yang
besar kerana menerusi majalah sekolah, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis
yang mewarnai pengalaman warga sekolah semasa berada di sekolah. Saya pasti semangat juang dan
dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasiyang cemerlang dalam aspek akademik maupun
sahsiah. Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan
mematuhi peraturan sekolah. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk pelajar yang pintar
dan berakhlak baik. Semoga dengan terbitnya e-Majalah ini, dapatlah pihak sekolah menyalurkan segala
informasi berkaitan aktiviti sekolah dan PIBG kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana.
KATA ALU-ALUAN
Akhirnya, saya mengharapkan SMK Dato’ Panglima Perang Kiri sentiasa beroleh kejayaan dalam
Yang DiPertua kurikulum dan kokurikulum serta menjadi sebuah sekolah yang berprestasi tinggi.
PIBG SMKDPPK Sekian, terima kasih
2021
SMK DATO' PANGLIMA PERANG KIRI, TAPAH ROAD H-E-B-A-T

