Page 6 - Majalah Panglima 2021
P. 6
EDISI 26 - 2021 PANGLIMA
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi
kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam e-Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Panglima Perang Kiri. E-Majalah ini diharapkan dapat memberikan gambaran perjalanan sekolah selama setahun
kepada para pendidik dan murid, malahan juga kepada semua lapisan masyarakat. Hal ini bertujuan agar mereka
memahami matlamat pendidikan bukan sahaja untuk kecemerlangan akademik malahan melibatkan kecemerlangan
dalam bidang kokurikulum sejajar dengan matlamat Dasar Pendidikan Negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi PANGLIMA 2021.
Kepada semua murid saya berpesan agar sentiasa menjaga budi Bahasa, bertingkahlaku mulia dan menjadikan
sekolah sebagai tempat menimba ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk kecemerlangan masa hadapan kelak.
KATA ALU-ALUAN Kepada para guru, bersamalah kita semua meneruskan usaha bersungguh-sungguh memupuk, mengilap dan
mengembangkan potensi murid agar mampu melahirkan modal insan yang mampu menerima cabaran untuk mencapai
Penge kecemerlangan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
tua
Akhir kata, TERIMA KASIH dan TAHNIAH diucapkan kepada semua guru dan murid SMKDPPK atas segala kerjasama
SMKDPPK dan usaha anda meningkatkan pencapaian sekolah kita. Saya yakin semua warga sekolah ini, guru dan murid akan
dapat meneruskan usaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan.
“If you believe in yourself, anything is possible”
Sekian. Terima kasih.
Pengetua
SMK DATO' PANGLIMA PERANG KIRI, TAPAH ROAD H-E-B-A-T

