Page 81 - Writ or Judicial Review
P. 81
KES 3 - CONTOH
Puan Suzana Shamsudin, Pengetua SK Meru 2 telah
menerima waran berjumlah RM18,500.00 daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi
peruntukan untuk program AIDS.
Pegawai telah membuat keputusan untuk
menggunakan peruntukan tersebut bagi membeli
sebuah komputer untuk kegunaan sekolah.
Pegawai telah membeli komputer tersebut dari
Syarikat Maju Enterprise. Pegawai telah
mengarahkan satu Pesanan Kerajaan disediakan
bagi tujuan pembelian komputer tersebut setelah
sebut harga diterima daripada Syarikat Maju
Enterprise. Hasil siasatan mendapati salah seorang
pemilik Syarikat Maju Enterprise adalah suami
pegawai.

