Page 86 - Writ or Judicial Review
P. 86
KES 5 - TINDAKAN
Pegawai bersalah kerana telah melanggar Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 mengenai
Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah
Dalam Perkhidmatan Awam dan boleh ditafsirkan
sebagai ingkar perintah dan cuai dalam menjalankan
tugas iaitu telah melanggar tatakelakuan di bawah
peraturan 4(2)(i) dan 4(2)(j) Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang
menyatakan seperti berikut:
“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(i) ingkar perintah atau berkelakuan
dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai
ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugas-
tugasnya.”

