Page 89 - Writ or Judicial Review
P. 89
KES 7 - CONTOH
Puan Azeana binti Fariz semasa bertugas sebagai
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama,
Selangor didapati pada 7 Oktober 2016 telah
memecah kecilkan nilai perolehan dengan tujuan
untuk mengelakkan urusan tender bagi kerja membina
dan membaik pulih sekolah pegawai.
Pegawai telah memecah kecilkan nilai perolehan
kepada tiga pesanan kerajaan yang tiap satunya
bernilai kurang dari RM50,000.00 melalui Pesanan
Kerajaan No. L752541 yang berjumlah RM49,980.00,
L752542 yang berjumlah RM49, 970.00 dan L752543
yang berjumlah RM49,990.00.

