Page 12 - PSV Tingkatan 1
P. 12
BIDANG : BAHASA SENI VISUAL
TAJUK : RUPA
Definisi Rupa - Rupa ialah pertemuan hujung sesuatu garisan dengan permulaannya.
- Rupa juga dapat didefinisikan sebagai kawasan dua dimensi (2D) yang
dikelilingi ataupun dibatasi oleh garisan luar.
- Rupa hanya mempunyai panjang dan lebar.
Jenis Rupa - Rupa terdiri daripada dua jenis iaitu :
● Rupa Organik - rupa yang bebas tanpa sudut. Lingkaran garisan luarnya
beralun bebas, tidak mempunyai sempadan dan terhasil
secara spontan.
● Rupa Geometri - rupa yang mempunyai sempadan, bersudut dan bersifat
statik.
- Jenis-jenis rupa ini wujud pada
● alam semulajadi
● objek buatan manusia
● karya seni visual
- Rupa boleh diolah kepada dua iaitu :
● Rupa Positif - rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan
tertentu.
● Rupa Negatif - rupa negatif ialah ruang di keliling rupa sesuatu objek.
Fungsi Rupa
➢ Rupa mempunyai pelbagai fungsi
➢ Olahan rupa boleh menghasilkan corak.
- corak secara tindanan, penambahan dan pengurangan.
➢ Olahan rupa boleh menghasilkan logo atau simbol.
- Logo atau simbol ialah rupa ringkas sesuatu objek.
➢ Olahan rupa boleh menghasilkan tipografi.
- Tipografi merupakan elemen dalam penghasilan reka bentuk logo, poster dan
pembungkusan.
Teknik Penghasilan Rupa

