Page 16 - PSV Tingkatan 1
P. 16

BIDANG :  BAHASA SENI VISUAL

              TAJUK   :  BENTUK

              Definisi -  Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu.
                            -  Bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan.

                       -  Bentuk boleh dilihat dari segi ketinggian, isi padu dan kelebaran.



              Jenis Bentuk

              Bentuk terdiri daripada dua jenis iaitu:

                 ●  Bentuk Konkrit  - boleh dilihat dalam arca dan karya seni 3D.
                               - bersifat tiga dimensi (3D)
                               - boleh disentuh,dilihat dan dipegang.
                               - wujud pada objek-objek fizikal seperti kereta, bunga dan ukiran kayu.

                 ●  Bentuk Ilusi - dihasilkan melalui konsep seperti perspektif untuk menunjukkan bentuk
                                dalam karya 2D.
                              - bersifat dua dimensi (2D)
                              - hanya boleh dilihat tetapi tidak boleh dirasa oleh deria sentuh.
                              - dilihat dalam gambaran hasil lukisan, catan,cetakan dan foto.



                                                         BENTUK







                        Alam semula jadi          Objek buatan manusia            Karya seni visual

                          Buah-buahan                       Jam                       Tembikar
                             Burung                        Kasut                        Arca

                              Bunga                   Peralatan dapur                  Ukiran
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21