Page 60 - PSV Tingkatan 1
P. 60

BIDANG  :  PEMIKIRAN SENI VISUAL

              TAJUK    :  TAJUK DAN MESEJ


              Definisi Tajuk dan Mesej -  Tajuk ialah judul dan fokus sesuatu karya untukmenggambarkan

                                           mesej yang ingin disampaikan.

                                            - Mesej ialah makna atau maksud tersurat dan tersirat yang

                                           terkandung dalam sesebuah karya seni.

                                            - Pemahaman terhadap tajuk dan mesej dapat mempertingkatkan
                                           penghayatan kita terhadap seseuah karya seni.



              Tujuan aplikasi dan mesej - Mampu memberi mesej seperti pengajaran dan maklumat tertentu

                                             - Menjadikan karya itu lebih bermakna.

                                             - Mempunyai nilai keindahan.


              Kaedah Pembentukan dan Proses Perkembangan Tajuk dan Mesej



                 ➢  Sesebuah karya seni visual dihasilkan melalui gabungan tiga komponen penting iaitu :

                         ●  Hal benda ialah imej yang dipilih untuk mewakili tema.
                         ●  Bentuk merujuk kepada unsur seni dan prinsip rekaan yang digunakan dalam
                            penghasilan karya.
                         ●  Kandungan merujuk kepada persoalan makna dan lambang kebudayaan,
                            sosiologi, politik, sejarah dan nilai estetik.

              Teknik Konvensional dan Teknik Kontemporari



                 ➢  Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti karya seni visual.
                 ➢  Terdapat dua jenis teknik yang biasa digunakan iaitu:

                         ●  Teknik Konvensional - merujuk kepada teknik yang terikat dengan proses atau
                                                             cara tradisi seperti penggunaan media.
                         ●  Teknik Kontemporari - iaitu teknik yang tidak terikat dengan kaedah tradisi,
                                                lebih kreatif dan inovatif.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65