Page 64 - PSV Tingkatan 1
P. 64
BIDANG : PEMIKIRAN SENI VISUAL
TAJUK : MOTIF, IDEA DAN KONSEP
Definisi Motif, Idea dan Konsep
● Motif - Hal benda yang diaplikasikan oleh pelukis, pereka atau pandai kraf dalam
dalam penghasilan seni. Motif juga pada umumnya, bermaksud sebab atau
tujuan penghasilan seni.
● Idea - buah fikiran yang tercetus hasil rangsangan seperti pemerhatian, pengalaman,
perkembangan semasa dunia seni dan perbincangan.
● Konsep - Idea yang terbentuk hasil gabungan pelbagai nilai yang dihayati daripada alam
sekeliling.
Tujuan Aplikasi Motif, Idea dan Konsep
● Motif - Motif dalam seni halus dan seni reka untuk disesuaikan dengan idea dan konsep.
Motif dalam seni kraf untuk fungsi hiasan.
● Idea – memudahkan penetap objektif, tujuan dan tema.
● Konsep – memberi gambaran pemikiran dan luahan perasaan yang ingin diketengahkan.
Kaedah Pembentukan dan Proses Perkembangan Motif, Idea dan Konsep
➢ Pembentukan motif, idea dan konsep dalam seni halus, seni reka dan seni kraf
menggunakan empat kaedah.
➢ Kaedah gubahan motif seni kraf diilhamkan menerusi pemerhatian terhadap alam
sekeliling yang menjadi sumber inspirasi.
➢ Proses perkembangan motif, idea dan konsep menggunakan sumber-sumber seperti guru,
internet, pemerhatian dan buku-buku rujukan

