Page 2 - buku program sambutan kemerdekaan
P. 2
PENDAHULUAN
Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-64 sedikit berbeza kali ini. Sedang negara
dilanda wabak Covid-19, namun pandemik berkenaan tidak dapat melunturkan
rasa kasih dan sayang terhadap negara tercinta. Sejarah negara perlu difahami
dan diterap dalam kehidupan sehari-hari selain dimanfaatkan demi mengekalkan
perpaduan negara. Jasa dan pengorbanan para pemimpin dan pejuang tanah air
terdahulu harus dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini. Tema Hari
Kebangsaan pada tahun ini adalah “Malaysia Prihatin”. Pemilihan tema adalah
selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi pandemik Covid-19.
M A T L A M A T O B J E K T I F
Matlamat utama penganjuran 3.1 Menyemai rasa sayang dan cintakan
Sambutan Bulan Kebangsaan negara dalam kalangan murid-murid dan
peringkat sekolah adalah bertujuan guru-guru.
untuk menyemai rasa cintakan 3.2 Mengenali dan menghargai jasa
bangsa dan negara. Selain itu, tokoh-tokoh kemerdekaan.
sambutan ini juga bertujuan untuk 3.3 Memupuk semangat dan rasa
memperingati sejarah negara dan tanggungjawab terhadap negara.
3.4 Menerapkan semangat kekitaan dan
tokoh-tokoh gemilang yang
perpaduan bangsa, kaum, etnik dan
berusaha mempertahankan tanah
budaya.
air di samping menanam semangat
3.5 Menguji kefahaman pengetahuan am
patriotik dalam kalangan murid-
dan mewujudkan sikap daya saing dalam
murid dan guru-guru SMK Kemumin,
kalangan murid-murid dalam
Kota Bharu, Kelantan. pertandingan yang dianjurkan.

