Page 3 - buku program sambutan kemerdekaan
P. 3

UCAPAN PENGETUA















             Pengetua

             Pn. Hajjah Norriha bt Hj
             Abd. Rahman - BSK









         Assalamualaikum  w.b.t  dan  Salam  Sejahtera  kepada  semua  guru  dan  pelajar  yang  dikasihi
         sekalian.

                 Alhamdulillah  bersyukur  kita  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  diberi  kesempatan  untuk  kita

         menyambut Bulan Kemerdekaan di negara kita. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana kita
         diberi  nikmat  kesihatan  dan  keselamatan  dan  juga  terhindar  daripada  penyakit  yang  sedang

         melanda khususnya penyakit Covid-19.

                Alhamdulillah menjelang bulan Ogos setiap tahun, negara kita akan mengadakan sambutan
         bulan  Kemerdekaan.  Bagi  kita  di  SMK  Kemumin  juga  tidak  ketinggalan.  Kita  juga  bersama

         dengan pihak kerajaan untuk menyambut dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam

         kalangan warga sekolah. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
         kasih kepada jawatan kuasa penganjur yang telah membuat persediaan dan perancangan untuk

         menyambut Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

                 Alhamdulillah  tujuan  utama  kita  mengadakan  sambutan  Bulan  Kemerdekaan  negara  di
         sekolah  kita  adalah  untuk  menyemarakkan  semangat  kemerdekaan  dalam  kalangan  pelajar

         supaya kita sentiasa mengingati dan mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan negara kita.
              Justeru itu, saya menyeru kepada semua pelajar supaya kita sama-sama menyemarakkan

         semangat  kemerdekaan  dan  menyertai  pertandingan-pertandingan  yang  telah  disediakan  di

         peringkat sekolah kita. Akhirnya, marilah kita sama-sama bersyukur dan berterima kasih kepada
         pejuang-pejuang kemerdekaan di negara kita.



         Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah. Assalamualaikum w.b.t
   1   2   3   4   5   6   7   8