Page 19 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 19

KONSEP DAN HALATUJU IKHTISAS
            KONSEP, FALSAFAH PENGURUSAN PENDIDIKAN


                                              RUKUN NEGARA


            BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

            Mendukung  cita-cita  hendak  mencapai  perpaduan  yang  lebih  erat  di  kalangan  seluruh  masyarakat,
            memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
            negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama: menjamin satu cara yang liberal terhadap
            tradisi-tradisi kebudayaan yang akan menggunakansains dan teknologi moden.

            MAKA  KAMI,  rakyat  Malaysia,  berikrar  akan  menumpukan  seluruh  tenaga  dan  usaha  kami,  untuk
            mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :


                    •  Kepercayaan Kepada Tuhan
                    •  Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
                    •  Keluhuran Perlembagaan
                    •  Kedaulatan Undang-undang
                    •  Kesopanan dan Kesusilaan



                                       OBJEKTIF PENDIDIKAN NEGARA


            Objektif Pendidikan Negara menterjemahkan Dasar Pembangunan Negara yang memberi keutamaan
            kepada perpaduan kaum, rakyat yang progresif dan berketrampilan, kualiti pendidikan bertaraf dunia dan
            pembangunan pusat kecemerlangan pendidikan. Tujuannya untuk menjanakan pembangunan negara
            kea rah negara maju berlandaskan industri berat serta ciri-ciri lain negara maju, tetapi mengikut acuan
            nilai budaya Negara Malaysia. Objektif Pendidikan Negara adalah seperti berikut:-

                    •  Melahirkan bangsa Malaysia yang taat dan bersatu padu.
                    •  Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
                    •  Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
                    •  Memberi peluang kepada semua warganegara Malaysia.
                    •  Menjadikan Pendidikan Malaysia bertaraf dunia.










             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     7
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24