Page 20 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 20

ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

            Objektif Etika Kerja Kementerian Pendidikan ialah :
               ✓  Menanam sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang
                   diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
               ✓  Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
                   dan organisasi.
               ✓  Memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

            Etika  Kerja  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  perlu  dilaksanakan  dan  dihayati  berdasarkan  prinsip-
            prinsip berikut :

               ✓  Niat yang betul
               ✓  Perlakuan yang baik
               ✓  Penggerak ke arah kebaikan
               ✓  Memperkotakan apa yang dikatakan
               ✓  Berdisiplin dan beradab
            Walaupun  terdapat  banyak  nilai  mulia,  tetapi  tujuh  nilai  utama  yang  menjadi  focus  Etika  Kerja
            Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu ialah :
                   Amanah
                   Benar
                   Bijaksana
                   Bersyukur
                   Dedikasi
                   Ikhlas
                   Penyayang

                                     NATIONAL KEY RESULT AREA ( NKRA )
            NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia
            Di bawah NKRA ( Bidang Keberhasilan Utama Nasional ) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA
            iaitu :
               1.  Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanank-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan
                   prasekolah  dan  menjadikan  pendidikan  prasekolah  sebagai  aliran  perdana  dalam  sistem
                   pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
               2.  Literasi  dan  Numerasi  –  di  mana  semua  kanak-kanak  yang  tidak  mempunyai  masalah
                   pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun
                   4 pada tahun 2012.
               3.  Sekolah  Berprestasi  Tinggi  –  di  mana  usaha  KPM  membangunkan  100  buah  ‘  high
                   performance schools ` termasuk ‘ trust school ’ pada akhir tahun 2012.
               4.  Pengetua  /  Guru  Besar  –  di  mana  bai’ah  atau  akujanji  kepada  Pengetua  /  Guru  Besar
                   berdasarkan ` performance based assessment ‘ mulai tahun 2010.
            Key Performance Indicator ( KPI ) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan kepada
            beberapa KPI :
               1.  Nisbah Guru : Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1 : 17, Sekolah
                   Rendah 1 : 16 ) .



             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     8
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25