Page 14 - Bab 10 : Permasyuharan Kemerdekaan Negara
P. 14
KESAN SOSIAL
Pendidikan
• Pendidikan adalah wadah untuk membina sebuah bangsa bagi negara y ang bersatu.
• Kerajaan mengeluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa
Pelajaran 1956 .
• Penyata Rahman Talib memberi penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Fasal 1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.
• Bagi tujuan mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Dewan Bahasa
dan Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan di bawah
Kementerian Pelajaran .
Jabatan Penerangan
• Penubuhan Jabatan Penerangan bertujuan menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan
di luar negara.
• Jabatan ini juga berperanan sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat
berkaitan dengan falsafah, dasar dan wawasan negara , terutaman menjelang kemerdekaan dan
pada tahun-tahun awal negara merdeka
Kesihatan
• Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
• Semasa negara mencapai kemerdekaan, terdapat sebanyak 65 buah hospital .
• Kementerian Kesihatan memainkan peranan penting dalam memulihkan isu sosial serta
pembangunan dan kesejahteraan masyarakat .
Kemudahan Asas
• Pada awal kemerdekaan, kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha menyediakan kemudahan
asas seperti bekalan eletrik dan air bersih.
• Selain mengutamakan kesihatan dan keselesaan hidup rakyat, usaha ini juga membantu
meningkatkan taraf hidup rakyat di samping merapatkan jutang antara penduduk luar bandar dengan
bandar.
Ikhtibar
1. Pengisian di awal kemerdekaan adalah suatu tempoh yang sangat penting kepada
sejarah negara
2. Ia membolehkan kerajaan mempelajari dan mencari pengalaman yang boleh digunakan
untuk membina sebuah negara yang maju
3. Kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab seharusnya bersyukur dengan nikmat
© Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
kemerdekaan dan akan mempertahankan kemerdekaan tersebut.

