Page 15 - Bab 10 : Permasyuharan Kemerdekaan Negara
P. 15

10.5   PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN
                      TANAH MELAYU








            1      Bagi negara yang merdeka , kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menentukan
                   kebebasan daripada kongkongan kuasa luar.

            2      Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan yang membolehkan kita
                   membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran       dan politik negara .

            3      Aspek kedaulatan negara kita merangkumi lima perkara, iaitu :

               •  Wilayah pengaruh

               •  Kerajaan
               •  Keunggulan undang-undang

               •  Lambang kebangsaan
               •  Rakyat



                  Wilayah pengaruh                   •  Merujuk kawasan yang mempunyai sempadan untuk
                                                         membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

                                                     •  Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957,
                                                         pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada

                                                         Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri
                                                         Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan
                                                         Terengganu.
                                                     •  Setiap negeri berdaulat diketuai oleh sama ada Sultan
                                                         atau Raja, Yang DIpertuan Besar atau Yang Dipertua

                                                         Negeri.



                       Kerajaan                      •  Merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk

                                                         mengurus dan mentadbir negara.
                                                     •  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terbahagi kepada
                                                         tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan

                                                         Eksekutif dan Badan Kehakiman.
                                                     •  Dalam amalan Demokrasi, raky    at bertanggungjawab dan
                                                         berperanan memilih wakil mereka melalui pilihan raya.



             Kedaulatan undang-undang               •  Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakluk di bawah
                                                        undang-undang negara.
                                                    •  Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan

                                                        keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan
                                                        rakyat.

                                                    •  Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
                                                        1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka dan

                                                        memelihara hak rakyat.



               © Hak Cipta Zamri bin Talib/ SMK. Kemumin Kota Bharu/ cikgusejarah.blogspot.com 0199497087
   10   11   12   13   14   15   16   17