Page 6 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANANG JAYA
P. 6

Sekapur Sirih

                                 GURU BESAR SK BANANG JAYA
                                  EN SAIFULLIZAM BIN ZAINAL













                                        Alhamdulillah segala puji bagi Alllah. Marilah kita sama-
                                 sama memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan
                                 izinnya dapatlah kita merialisasikan Mesyuarat agung PIBG kali
                                 ke-14 bagi Sekolah Kebangsaaan Banang Jaya.

                                        Dalam  menempuh  era  pandemik  ini,  banyak  cabaran
                                 dan  aral  yang  ditempuhi  bagi  memastikan    proses
                                 Pembelajaran  dan  Pengajaran  dari  Rumah  (PdPr)  berjalan
                                 dengan  lancar.  Oleh  yang  demikian,  kerjasama  dan
                                 permuafakatan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
                                 banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan misi dan
                                 visi sekolah.

                                        Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
                                 pihak  yang  turut  sama  dalam  menjayakan  program  sekolah
                                 bagi  memastikan  murid-murid  dapat  menjalankan  proses
                                 pembelajaran  yang  kondusif  seterusnya  dapat  melahirkan
                                 murid  yang  cemerlang  di  dunia  dan  di  akhirat.  Saya  sudahi
                                 ucapan saya dengan serangkap pantun…

                                       “Indah sungguh warna pelangi,
                                       Tidak luput hingga senja,
                                        Ke lurah sama diharungi
                                        Usaha bersama membawa Bahagia.”

                                 Sekian terima kasih,

                                 ENCIK SAIFULLIZAM BIN ZAINAL
                                 Guru Besar Sekolah Kebangsaan Banang Jaya.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11