Page 7 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANANG JAYA
P. 7
Tinta Bicara
YDP PIBG SK BANANG JAYA
TN HJ HAMDAN BIN AYOB
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT
kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul dalam
Majlis penting pagi ini untuk bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Banang
Jaya Kali ke-14. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan
kepada semua ibu bapa/ penjaga dan guru-guru yang
sudi meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung
PIBG pada pagi ini.
Pertama sekali saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucakpkan setinggi syabas
kepada semua AJK PIBG dan pihak sekolah kerana sekali
lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG
pada tahun ini walaupun dalam keadaan sibuk dengan
pelbagai tugasan lain.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan
platform terbaik untuk semua ibu bapa/ penjaga
berkongsi idea dan pendapat bernas dalam melonjakkan
lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik
mahupun kokurikulum. Semoga kerjasama ini akan
terus seiring demi kecemerlangan yang gemilang.
Sekian terima kasih,
TN HJ HAMDAN BIN AYOB
YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Banang Jaya.

