Page 2 - Majlis Graduasi Kali Ke-16 SBP Integrasi Kuantan
P. 2

Pemanis Kata



                                Pembuka Bicara










                Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

                Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya,
                Majlis Graduasi SBP Integrasi Kuantan kali ke-16 dapat dilaksanakan. Majlis ini
                bertujuan memberi pengiktirafan kepada anak-anak Imtiyaz yang telah
                berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Syabas dan
                tahniah.

                Majlis graduasi pada hari ini juga merupakan manifestasi kejayaan dan
                pengiktirafan atas segala usaha, inisiatif, pengorbanan, kesungguhan dan
                komitmen yang telah dibuktikan oleh pelajar-pelajar sekalian. Kejayaan yang
                terlakar menjadi pemangkin dalam usaha memperkasakan diri melalui
                penguasaan ilmu, kemahiran dan diseimbangi dengan sikap positif dan amalan
                nilai-nilai murni agar dapat membina kehidupan yang lebih gemilang.

                Dalam dunia ini, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Semangat juang
                mencipta kejayaan perlu ada di dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi
                pelbagai ranjau duri dan rintangan ke arah mencapai kejayaan. Anda masih
                muda, perjalanan untuk memburu kecemerlangan masih jauh dan terbentang
                luas di hadapan. Usah persiakan kesempatan yang ada. Akhir bicara, semoga
                anak-anak Imtiyaz kekal mengamalkan aspirasi INTEK (Integriti, Nilai,
                Tangkas, Elok dan Kreatif) dalam kehidupan. Teruskan berusaha mencipta
                kejayaan.

                Sekian, Selamat Maju Jaya.



                ENCIK AZHAR BIN DAUD
                Pengetua
                SBP Integrasi Kuantan
   1   2   3   4   5   6   7