Page 3 - Majlis Graduasi Kali Ke-16 SBP Integrasi Kuantan
P. 3
Seuntai Kata
Seribu Makna
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya
berpeluang mengabadikan kata alu-aluan dalam buku program Majlis
Graduasi SBP Integrasi Kuantan. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dalam melaksanakan majlis ini.
Bagi saya, penganjuran majlis ini sebagai bukti penjelmaan kesepaduan kukuh
yang terjalin antara warga sekolah dengan para ibu bapa anak-anak INTEK.
Hal ini secara tidak langsung merealisasikan aspirasi dan impian anak-anak
Imtiyaz untuk terus mencipta kejayaan dalam kehidupan.
Saya juga berharap Majlis Graduasi ini dapat membakar semangat pihak
sekolah untuk terus membangunkan dan mengembangkan potensi
murid-murid ke tahap yang maksimum. Akhir kata, semoga SBP Integrasi
Kuantan berjaya melahirkan anak-anak Imtiyaz yang mempunyai jati diri,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan berdaya
saing.
Sekian, terima kasih.
TUAN HAJI AMIRUDIN BIN HAJI ARIFIN
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru INTEK

