Page 13 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 13
Kolaj Jabatan Rekabentuk
Komunikasi dan Visual
MAJLIS
PRA GRADUASI
JUN 2019
PENGENALAN/
LATAR
BELAKANG
Jabatan Rekabentuk
dan Komunikasi Visual merupakan
salah satu jabatan akademik yang
ditubuhkan pada Januari 2011 dan
pengambilan pelajar pertama bagi
program Diploma Rekabentuk Grafik adalah
pada Jun 2011 dan ambilan pelajar pertama bagi program
Diploma Teknologi Media Cetak pula adalah pada Jun 2014.
Fungsi dan peranan Jabatan JRKV adalah untuk menghasilkan
tenaga kerja separa profesional yang berpengetahuan dan
mahir untuk memenuhi keperluan industri dalam bidang kreatif dan percetakan.
Jabatan JRKV menawarkan dua program diploma iaitu Diploma Rekabentuk
Grafik (DRG) dan Diploma Media Cetak (DMC) .
RASIONAL PROGRAM
Majlis Pra Graduasi ini merupakan acara yang dianjurkan oleh JRKV pada setiap hujung
semester bagi setiap sesi pengajian. Untuk sesi Jun 2019, tema ‘Cowboy’ telah dipilih sebagai
tema Majlis Pra Graduasi untuk kali ini. Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar semester
5 Sesi Jun 2019 yang akan menamatkan pengajian meraka pada semester ini. Oleh yang
demikian, diharapkan agar Majlis Pra Graduasi Sesi Jun 2019 akan berjalan dengan lancar
dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga
JRKV dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman
seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa di
ingati. Semoga bakal graduan JRKV terus berjaya di masa akan datang
dengan berbekalkan ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian di
Politeknik Muadzam Shah.
BULETIN JRKV A 10
BULETIN JRKV

