Page 11 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 11

PENCAPAIAN PELAJAR








                              PENCAPAIAN PELAJAR POLITEKNIK


                                                  MUADZAM SHAH


                                                   Nama diberi saudara Nik Muhammad Ikmal bin Shamsudin.
                                                   Beliau berumur 20 tahun dari Jabatan Rekabentuk
                                                   Komunikasi  Visual (JRKV) dan mengambil kos Diploma
                                                   Teknologi Media Cetak (DMC) dan masih belajar di Politeknik
                                                   Muadzam Shah semester 3 (sesi disember 2019). Beberapa
                                                   sem yang lepas, beliau telah menyertai Acara Liga Futsal
                                                   Politeknik Malaysia . Mengikut info yang diberikan, acara
                                                   ini telah berlangsung selama 4 hari bermula pada tanggal
                                                   14  - 17 Mac 2019. Acara  ini  bertempat  di  UPSI  Tanjung
                                                   Malim, Perak.  Satu pasukan telah dihantar oleh Politeknik
                                                   Muadzam Shah iaitu seramai 23 orang yang menyertai
                                                   acara  tersebut.    Antara  politeknik  yang  terlibat  dalam
                                                   acara futsal ini ialah politeknik dari negeri Pahang, Kedah,
                                                   Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sarawak dan
                                                   Kolej Komuniti Malaysia.


                                                   Walaubagaimanapun, seorang lagi wakil adalah saudara
                                                   Abu Zarkashiey Bin Hishamuddin berumur 21  Tahun dari
            Jabatan Rekabentuk & Komunikasi  Visual (JRKV). Beliau mengambil
            kos diploma rekabentuk grafik (DRG). Beliau sekarang sedang
            menjalani latihan industri semester 6. Menurut keputusan acara
            futsal tersebut, mereka telah mendapat juara keseluruhan.
            Tambahan lagi saudara Abu Zarkashiey merupakan olahraga
            wakil politeknik Pahang semasa beliau di semester 3.

            Menurut saudara Nik Muhammad Ikhmal dan saudara Abu
            Zarkashiey, mereka berasa gembira kerana dapat menjuarai
            Liga Futsal Politeknik Malaysia bersama Skuad Politeknik Pahang
            dan  pertama  kali  buat saudara Nik Muhammad  Ikhmal  dapat
            menyertainya. Bahkan, program ini juga dapat menambahkan lagi
            pengalaman mereka bermain futsal untuk
            melangkah lebih jauh. Sekalung budi dan
            tahniah buat pasukan mereka kerana telah
            menjuarai acara futsal tersebut. Semoga
            berkat usaha mereka diikuti oleh para
            pelajar PMS dalam mengutamakan sukan
            juga bukan sahaja dalam bidang akademik
            mereka.










                                                                                                  BULETIN JRKV    8
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16