Page 6 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 6

Kata-kata Aluan









                                                              Ketua Jabatan Rekabentuk

                                                              dan Komunikasi Visual


                                                              Politeknik Muadzam Shah














                 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


                 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat illahi, dengan keizinan-
                 NYA, Buletin JRKV PMS telah berjaya diterbitkan.  Tahniah juga diucapkan kepada
                 jawatankuasa penerbitan yang telah menjadi pemangkin kepada kejayaan penghasilan
                 buletin ini. Buletin ini julung-julung kali diterbitkan oleh Jabatan Rekabentuk dan
                 Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam memberikan ruang lingkup
                 untuk pensyarah dan pelajar mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

                 Buletin ini mengandungi gabungan coretan penulisan oleh pensyarah-pensyarah dan
                 pelajar-pelajar JRKV PMS sendiri. Ianya menjadi platform ilmiah dalam mencetuskan
                 pemikiran yang kreatif dan inovatif. Dengan terbitnya buletin ini, paradigm pemikiran
                 akademik pensyarah JRKV telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam
                 membudayakan aktiviti penulisan di peringkat jabatan dan politeknik. Oleh yang
                 demikian, budaya penulisan ini akan menjadi pengukur kepada kecemerlangan
                 tenaga akademik dan pelajar-pelajar JRKV.


                 Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
                 pensyarah Diploma Media Cetak yang telah memberi sokongan padu dalam merangka
                 buletin ini. Terima kasih saya kepada semua pihak termasuk penyelia serta pelajar-
                 pelajar yang telah menyumbangkan idea, penulisan dan pengalaman masing-masing
                 dalam merangka buletin ini.


                 Akhir kata, keazaman dan semangat yang dipamerkan oleh para pensyarah JRKV di
                 dalam menjayakan penerbitan buletin ini adalah sangat dihargai. Semoga buletin ini
                 akan diteruskan dan memberi kebaikkan pada masa akan datang.




                 Dr. Zulkfli Bin Md Yusoff
                 Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual
                 Politeknik Muadzam Shah



                 3 BULETIN JRKV
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11