Page 2 - PTE SMK PC ETIKA PAKAIAN PELAJAR
P. 2
Punca Kuasa
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014
Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam
Bertarikh 5 Disember 2014 (KP/KPPM/6 Jilid 2(5))
1. OBJEKTIF
Peraturan etika penampilan pelajar yang digariskan oleh pengurusan Pusat
Tingkatan Enam SMK Proton City ini menggariskan panduan dan tatacara
berpakaian yang sesuai bagi pelajar pusat ini. Secara amnya, semua pelajar
mestilah berpakaian kemas dan sopan yang sesuai dengan amalan biasa
masyarakat Malaysia. Pihak sekolah amat menitikberatkan penampilan dan
keterampilan pelajarnya bagi memberikan imej yang baik kepada Pusat
Tingkatan Enam SMK Proton City.
2. PERATURAN-PERATURAN AM
a. Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan
sekolah dan penggunaan kad matrik pelajar lain adalah tidak dibenarkan
b. Semua pelajar diwajibkan mempamerkan kad matrik kecuali semasa
menyertai aktiviti sukan di kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah
c. Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang
pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol kecuali dalam keadaan yang
tertentu setelah mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah
d. Setiap pelajar dilarang mempamerkan unsur-unsur yang bertentangan
dengan moral dan etika yang tidak baik
e. Semua pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan
di bawah peraturan Unit Hal Ehwal Murid Pusat Tingkatan Enam SMK Proton
City.
3. PAKAIAN PELAJAR
Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, rapi dan bersih
Setiap pelajar diwajibkan berpakaian sopan, tidak memakai topi pada hari
persekolahan.
Semua pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat dan jarang serta
mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan dan berpakaian
mencolok mata
Pelajar lelaki dilarang sama sekali memakai subang, gelang,rantai (kecuali atas
sebab keagamaan). Pelajar perempuan dilarang memakai subang secara
berlebihan.
Semua pelajar dilarang mencacah tatoo pada mana-mana anggota badan.
Semua pelajar digalakkan berpakaian kebangsaan pada hari Jumaat. Namun
pemakaian baju Melayu hendaklah lengkap dengan bersamping dan
bersongkok.

