Page 3 - PTE SMK PC ETIKA PAKAIAN PELAJAR
P. 3

Pelajar Lelaki
             Dikehendaki  memakai  kemeja  lengan  panjang  atau  pendek  berwarna  bebas
             tanpa corak.  Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak kecil.
             Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar secara kemas (tuck in).
             Lengan kemeja tiadk boleh dilipat.
             Seluar panjang jenis slack berwarna gelap yang tidak ketat. (Jeans/ cargo pants/
             denim dan fesyen seluar londeh atau jenis skinny fit tidak dibenarkan)

             Digalakkan bertali leher yang berwarna polos.
             Tali pinggang tidak melebihi 5cm lebar (kepala tali pinggang yang besar dan
             berlambang tidak dibernarkan)
             Wajib memakai kasut bertutup berwarna gelap dan berstokin paras buku lali.
             Pakaian  baju  Melayu  yang  lengkap  bersamping  dan  bersongkok  hitam
             standard. Hanya pakaian baju Melayu polos dibenarkan.

         Pelajar Perempuan

             Digalakkan memakai baju kurung. Baju kurung mestilah lebih kurang 2 cm aras
             lutut  sementara kain mestilah searas dengan buku lali.
             Memakai skirt labuh (sekurang-kurangnya menutupi lutut)
             Berkemeja  potongan  untuk  perempuan    atau  blouse  yang  tidak  mengikut
             bentuk badan dan tidak jarang
             Baju  kemeja  mestilah  melebihi  punggung  dan  berlengan  panjang  atau  2  inci
             dari bahagian atas siku

             Hanya  seluar  yang  longgar,  tidak  ketat,  berwarna  gelap  dibenarkan.  (Palazzo
             atau leggings tidak dibenarkan sama sekali).
             Pelajar  beragama  Islam  diwajibkan  bertudung  yang  berwarna  polos.  Tudung
             berwarna-warni yang terlalu terang tidak dibenarkan.
             Kasut  bertutup  dan  berwarna  gelap.  Tumit  kasut  tidak  boleh  melebihi  1  inci.
             Semua pelajar mesti berstokin.

             Solekan yang minima iaitu memakai alas bedak dan lip gloss adalah dibenarkan.
             Bergincu  adalah tidak dibenarkan sama sekali.
             Kuku tidak boleh diwarnakan atau diinai.
             Pemakaian barang kemas adalah tidak dibenarkan.



           RAMBUT
               Semua pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi

               Semua pelajar lelaki TIDAK DIBENARKAN menyimpan rambut panjang.
               Fesyen yang keterlaluan dan mewarnakan rambut adalah tidak dibenarkan.
               Pelajar perempuan mestilah menyisir rambut dengan rapi dan rambut wajib
               diikat jika melebihi paras bahu.
               Pelajar lelaki dilarang bermisai, berjanggut dan berjambang

           PELITUP MUKA
               Pemakaian  pelitup  muka  adalah  tertakluk  kepada  peraturan  dan  undang-

               undang yang berkuatkuasa
               Pelitup muka mestilah berwarna polos dan tidak mempunyai apa-apa corak
               Hanya mask extender yang bersaiz sederhana dibenarkan
               Mask extender bertali, berantai atau jenis yang digantung pada leher adalah
               TIDAK DIBENARKAN.
   1   2   3   4   5   6   7