Page 13 - Buku_Pengurusan_2020
P. 13
SMK MUNSHI ABDULLAH 2020
4. Waktu masuk kelas
Guru-guru dimestikan berada di kelas bersama murid masing-masing mengikut jadual
waktu mengajar.
5. Aktiviti kokurikulum dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Guru-guru yang bertanggungjawab untuk semua aktiviti kokurikulum dan PJK
hendaklah mengawasi perjalanan aktiviti tersebut terutamanya dari aspek
keselamatan murid di sepanjang aktiviti berjalan sehingga tamat. Guru dan murid
dimestikan memakai pakaian PJK.
B. Mesyuarat / Aktiviti Sekolah
1. Guru-guru dimestikan menghadiri mesyuarat dan aktiviti sekolah. Guru-guru
perlu hadir lima minit sebelum mesyuarat / aktiviti bermula.
2. Segala urusan peribadi di luar sekolah (contoh: jualan langsung) dilarang sama
sekali dijalankan di sekolah.
3. Segala arahan terhadap tugas PERLU dilaksanakan / disempurnakan pada masa
yang ditetapkan.
C. Perhimpunan / Upacara Rasmi
1. Semua guru dimestikan hadir ke perhimpunan dan acara rasmi sekolah pada
masa yang ditetapkan.
2. Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah pada setiap hari Isnin jam 7:30 pagi
hingga 8:00 pagi.
3. Perhimpunan Rasmi Mingguan Sekolah akan diselia dan diselaraskan oleh guru
Penyelaras Perhimpunan, Guru Bertugas Mingguan, Guru Pengawas dan Guru
Disiplin.
4. Atur cara perhimpunan mestilah sentiasa dipatuhi seperti di bawah:
4.1 Nyanyian Lagu NegaraKu
4.2 Nyanyian Lagu Negeri Selangor
4.3 Nyanyian Lagu Sekolah
4.4 Ikrar Pelajar
4.5 Laporan Guru Bertugas Mingguan
4.6 Pengumuman / Makluman
4.7 Ucapan Pengetua
4.8 Doa
11

