Page 14 - Buku_Pengurusan_2020
P. 14
SMK MUNSHI ABDULLAH 2020
5. Semua guru dikehendaki berada di tapak perhimpunan dan tidak berada di
dalam Bilik Guru atau di mana-mana kawasan lain di sekolah.
6. Semua guru dikehendaki berdiri tegak dan menyanyikan Lagu NegaraKu, Lagu
Negeri Selangor dan Lagu Sekolah bersama-sama dengan murid-murid.
7. Semua atur cara perhimpunan 4.1 hingga 4.8 hendaklah diringkaskan dan
ditamatkan pada jam 8:00 pagi.
8. Murid-murid yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam barisan perhimpunan.
Murid-murid ini hendaklah dikumpulkan di luar barisan perhimpunan.
D. Pakaian
Etika berpakaian berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1985,
Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun 2006 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 tahun
2008.
1. Semua guru perlu berpakaian kemas dan tidak memakai pakaian yang
mencolok mata semasa berada di kawasan sekolah.
2. Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan hendaklah memakai pakaian sukan yang
lengkap semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan PJK dilaksanakan.
3. Pemakaian selipar dan kasut getah adalah dilarang sama sekali di kawasan
4. sekolah.
5. Tanda nama PERLU dipakai sepanjang waktu bertugas.
6. Solekan dan pemakaian barang kemas yang keterlaluan hendaklah dielakkan.
7. Pakaian pada hari Rabu adalah pakaian kokurikulum lengkap.
Memakai baju batik pada hari Khamis dan baju melayu lengkap pada hari
E. Arahan bertugas di luar kawasan sekolah
Jumaat.
1. Semua guru yang mendapat arahan untuk bertugas di luar kawasan sekolah
dan terpaksa meninggalkan kelas hendaklah meninggalkan tugasan kepada
murid-murid.
2. Semua guru dikehendaki mengisi Borang Tugasan Bertugas Luar Kawasan yang
boleh didapati di Bilik Modul. Borang ini hendaklah dimasukkan ke dalam fail di
Bilik Modul.
3. Ketua kelas / Penolong Ketua Kelas akan mengambil tugasan daripada fail guru
berkenaan dan menyerahkan tugasan kepada guru ganti kelas berkenaan.
12

