Page 6 - NATAL PMM SIB KAWASAN MURUK 2022
P. 6

UCAPAN PENGERUSI PMM SIB KAWASAN MURUK






                    Shalom dan selamat merayakan Natal PMM SIB Kawasan Muruk 2022.

                     Natal itu bererti hari ulang tahun atau hari jadi pada umumnya. Tapi
                    yang istimewanya kata Natal itu tidak lagi menjadi istilah umum, tetapi
                    ianya telah menjadi istilah khusus iaitu hanya merujuk kepada Kristus
                   Yesus Tuhan kita. Dengan adanya penetapan perayaan ini khusus untuk
                     umatNya (Kristian), kita yang disebut pengikutNya perlu memahami
                      dan selalu merenungkan peristiwa kelahiranNya di dunia bagi kita.

                     Tema Saviour (Mat 18:11) bagi natal PMM Kawasan Muruk 2022 akan
                    mengupas lebih dalam lagi tentang inti kelahiranNya bagi dunia. Maka
                      itu, PMM SIB Kawasan Muruk dan seluruh warga jemaat Kawasan
                    Muruk dijemput hadir dan tidak melepaskan kesempatan yang baik ini!

                     Sempena perayaan Natal ini, kita akan dilayani selama 4 sesi oleh 4
                     zon tim Pujian Penyembahan dari gabungan setiap sidang. Kita akan
                      bersama-sama menikmati keindahaan kebersamaan mengangkat
                        suara memuliakan Raja kita, Yesus Kristus Sang Juruselamat!

                        Oleh itu, saya, Jawatankuasa PMM SIB Kawasan Muruk dan Tim
                     Pelaksana Natal PMM SIB Kawasan Muruk yang dipengerusikan oleh
                    Dkn Shazrie Yasiri mengalu-alukan kehadiran anda dan mengucapkan
                                               Merry Christmas 2022!

                                              Tuhan Yesus memberkati.













                                                Dkn Calvin Jamious
                                     Pengerusi PMM SIB Kawasan Muruk.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11