Page 7 - NATAL PMM SIB KAWASAN MURUK 2022
P. 7

UCAPAN PENGERUSI PELAKSANA NATAL PMM SIB

                   KAWASAN MURUK






                    Shallom, Puji Tuhan kerana kita akan mengadakan Natal Pmm SIB Kawasan
                     Muruk pada 25-26 Nov 2022 yang bertempat di SIB Paus. Dengan itu, saya
                        mengalu-alukan kedatangan semua Pmm SIB Kawasan Muruk untuk
                                      bersama-sama menyambut Hari Natal ini.

                     Saya selaku Pengerusi Pelaksana Natal PMM SIB Kawasan Muruk sangat
                        berterima kasih bagi pihak barisan kepimpinan pemuda-pemudi atas
                       kepercayaan yang telah diberikan untuk mempengerusikan sambutan
                    perayaan Natal Pmm SIB Kawasan Muruk pada tahun ini. Dengan pimpinan
                     dan penyertaan Tuhan Yesus pasti pelaksanaan sambutan perayaan Natal
                                            kita ini berjalan dengan lancar.

                    Saudaraku di dalam kasih Tuhan, di dalam perayaan Natal Pmm pada kali ini
                        kita pasti akan diberkati melalui Tema Natal yang akan dikupas oleh
                     pengkhotbah-pengkhotbah yang luar biasa sepanjang perayaan Natal ini.
                    Tema Natal PMM SIB Kawasan Muruk  pada tahun ini ialah “SAVIOUR” yang
                                               dipetik dari ‘Matius 18:11’.

                   Selain itu, perayaan Natal PMM SIB Kawasan Muruk  kali ini dimeriahkan lagi
                    dengan pelayanan pujian penyembahan dari setiap gabungan zon-zon yang
                    ada di seluruh sidang kawasan Muruk. Meskipun beberapa tahun yang lalu,
                       dunia telah dilanda pandemic Covid-19 sehingga kita tidak bebas untuk
                    menyambut Natal PMM SIB Kawasan muruk ini tetapi kita tetap bergembira
                    kerana Tuhan itu baik sehingga semua telah berlalu dan memungkinkan kita
                      sekali lagi untuk dapat bersama-sama bagi merayakan Natal pada tahun
                                                        2022 ini.

                       Oleh itu, saya menyeru kepada semua PMM SIB Kawasan Muruk agar
                    mengambil kesempatan ini untuk kita bersama-sama menyambut Hari Natal
                          ini dengan penuh keterujaan dan syukur kepada Allah Bapa kita.

                                      Sekian, Terima Kasih. Tuhan Memberkati!!









                                                  Dkn. Sahzrie Yasiri
                             Pengerusi Pelaksana Natal PMM SIB Kawasan Muruk 2022
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11