Page 13 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 13

MODUL ORIENTASI PEMUGARAN EMOSI MURID KEBIASAAN BAHARU

               Slot 1:


               Tajuk          :  Sejarah Covid 19
               Nilai          :  Sejarah
               Objektif       :  Pada akhir slot ini murid akan dapat;


               i.      mengetahui asal-usul wabak Covid-19
               ii.     memahami punca kejadian dan gejala Covid-19


               Sasaran        : Semua murid
               Masa           : 30 minit


               LANGKAH        :


               1.      Guru membaca teks dan menerangkan sejarah Covid-19 sambil menunjukkan gambar
                       Lampiran 1.1

               2.      Murid diedarkan Lembaran Kerja 1.1 (Kenali Covid-19).

               3.      Murid diminta untuk menjawab Lembaran Kerja 1.1 untuk menguji pemahaman mereka
                       tentang sejarah Covid 19.
               4.      Guru membincangkan jawapan bersama murid.

               5.      Guru menerangkan tentang sejarah kronolgi Covid-19
                    a. Pandemik  Covid-19.  juga  dikenali  novel  koronavirus.  Mula  dikesan  pada

                       pertengahan Disember 2019, di bandaraya Wuhan, Hubei China.
                    b. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf sebagai

                       pandemik bagi penyakit Covid-19.  Penyebaran koronavirus berlaku di kalangan
                       kenalan rapat melalui titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin dan batuk.

                    c. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah
                       sama  seperti  jangkitan  selesema  yang  lain  dan  komplikasi  lebih  teruk  pada

                       golongan lemah imunisasi badan.

                    d. Merupakan musuh yang tidak nampak yang berada di sekeliling kita.


               FALSAFAH  :
               Menghargai setiap peristiwa yang dialami.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18