Page 8 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 8
1.9 PENUTUP
Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid Kebiasaan Biasa ini
merupakan satu panduan kepada pentadbir dan guru bagi melaksanakan sesi persekolahan
selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya menjadi satu
mekanisma yang akan membantu murid untuk lebih bersedia secara fizikal, mental dan emosi
bagi menghadapi persekolahan semula setelah bercuti panjang.
Modul ini juga turut menyediakan garis panduan pematuhan dan amalan kebiasaan
baharu dalam kehidupan ekoran penularan wabak Covid-19. Pelaksanaan Modul ini diharapkan
dapat menyuntik semangat baru kepada semua murid untuk meneruskan persekolahan malahan
kehidupan seharian dan seterusnya bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan baik. Modul ini juga diharapkan dapat menerapkan kesedaran tentang
kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial yang sangat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid,
guru dan warga sekolah.

