Page 26 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 26

Pakar  kesihatan  mengatakan  bahawa  pelitup  separuh  muka  yang  dibuang  secara
               sembarangan  terutama  yang  tercemar  atau  yang  mempunyai  rembesan  pernafasan,  boleh

               menjadi bahaya ke atas kesihatan sekiranya orang lain bersentuhan dengannya. Pembuangan
               pelitup  separuh  muka  secara  sembarangan  juga  akan  memberi  kesan  negatif  kepada  alam
               sekitar,  terutama  pada  kehidupan  laut  ketika  ia  disalurkan  ke  sungai  dan  laut  atau  boleh

               mengakibatkan saluran air tersumbat. Maka guru harus mengingatkan murid agar membuang
               pelitup muka yang telah digunakan mengikut tatacara yang betul.
               Arahan langkah-demi-langkah untuk menanggalkan pelitup muka:

               1.      Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
                       pelitup.
               2.      Elakkan  menyentuh  bahagian  depan  pelitup  kerana  ia  tercemar.  Hanya  sentuh

                       sangkut/ikat/tali telinga.
               3.      Bergantung  pada  jenis  pelitup  yang  digunakan,  tanggalkan  pelitup  menurut  arahan  di

                       bawah:
                       a.     PELITUP MUKA DENGAN SANGKUT TELINGA
                              -   Pegang kedua-dua sangkut telinga

                              -   Buka dan angkat perlahan-lahan untuk menanggalkan pelitup
                       b.     PELITUP MUKA DENGAN IKAT

                              -    Lepaskan ikatan bawah dahulu diikuti ikatan atas
                              -    Tarik pelitup menjauhi anda semasa melonggarkan ikatan
                       c.     PELITUP MUKA DENGAN TALI

                              -   Angkat tali bawah ke atas kepala anda
                              -   Tarik tali atas ke atas kepala anda.
                   4.  Buang pelitup di dalam tong sampah.

                   5.  Bersihkan tangan dengan sabun dan air atau pensanitasi tangan sebelum menyentuh
                       sebarang benda lain.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31