Page 28 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 28

5.      KESELAMATAN MURID DAN WARGA SEKOLAH
               KENALPASTI SIMPTOM DAN GEJALA

               Mengikut  Kementerian Kesihatan  Malaysia  (KKM), terdapat  lima  tahap  gejala  dialami  pesakit
               Covid-19 termasuk ada antara mereka tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga saringan
               dibuat.  Kajian  menunjukkan  individu  yang  juga  digelar  ‘asymptomatic’  berupaya  menjadi

               pembawa virus tanpa disedari.
               Di Malaysia, 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, tujuh peratus (tahap tiga dan
               empat) dan hanya lima peratus (tahap lima). Lima tahap berkenaan.

                 TAHAP 1       ▪  Tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus
                               ▪  Memiliki antibodi kuat antara faktor tiada gejala. Mereka termasuk kanak-

                                  kanak dan golongan muda
                               ▪  Kelihatan sihat dan mampu membuat aktiviti harian termasuk bekerja dan
                                  bersukan

                               ▪  Pembawa  virus  Covid-19  tanpa  disedari.  Kelompok  paling  berisiko
                                  menyebarkan virus terutama ahli keluarga dan kontak rapat
                               ▪  Jangkitan sukar dikesan kecuali terlibat saringan

                               ▪  Ada kes mereka sembuh sendiri tanpa mengambil ubat
                 TAHAP 2       ▪  Ada gejala ringan seperti demam, batuk, sakit tekak

                               ▪  Mampu melakukan aktiviti ringan tetapi cepat letih
                               ▪  Sukar dibezakan mereka dijangkiti virus atau sakit lain kecuali saringan
                               ▪  Berisiko menyebarkan virus kepada ahli keluarga atau kontak rapat

                               ▪  Berbanding tahap satu, individu ini lebih mudah dikesan
                 TAHAP 3       ▪  Alami radang paru-paru (pneumonia)

                               ▪  Rasa sakit dan ‘ketat’ di dada ketika menarik nafas
                               ▪  Boleh berjalan tetapi tidak mampu membuat aktiviti harian
                               ▪  Bernafas tanpa bantuan sebarang alat

                 TAHAP 4       ▪  Alami radang paru-paru, perlu bantuan pernafasan terapi oksigen
                               ▪  Tidak mampu menjalankan aktiviti tetapi boleh bercakap

                               ▪  Alami sesak nafas lebih teruk daripada tahap tiga
                               ▪  Kurang selera makan
                 TAHAP 5         ▪  Sesak nafas, perlu bantuan alat pernafasan (ventilator)

                                 ▪  Hanya baring
                                 ▪  Lazimnya tidak sedarkan diri kerana dibius penuh
                                 ▪  Berpotensi mati jika bantuan pernafasan dihentikan
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33