Page 35 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 35
SLOT 3
Tajuk : RELAKSASI MINDA COVID-19
Masa : 30 minit
Bahan: Peralatan : Lembaran Kerja 3.1 (Asal Covid19)
Lembaran Kerja 3.2 (Golongan Berisiko tinggi)
Objektif : Di akhir aktiviti murid dapat:
1. mengimbas kembali maklumat berkaitan Covid 19 yang telah diterangkan pada slot-
slot terdahulu.
2. menambah pengetahuan sedia ada.
Langkah:
1. Murid diedarkan dengan Lembaran Kerja 3.1 (Asal Covid-19) dan Lembaran Kerja 3.2
(Golongan Berisiko Tinggi)
2. Untuk Lembaran Kerja 3.1, setelah murid sampai ke garisan penamat, minta murid
sebutkan sekali lagi nama tempat wabak Covid 19 mula dikesan.
3. Guru dan murid berbincang jawapan yang diperolehi (Lembaran Kerja 3.2)
4. Guru membuat rumusan. Wabak covid 19 adalah wabak yang boleh dicegah. Jadi, untuk
memastikan kita tidak dijangkiti, kita perlulah mematuhi garis panduan dan amalan
pencegahan yang telah ditetapkan, terutamanya golongan yang berisiko tinggi (kanak-
kanak, orang tua, perempuan mengandung dan orang yang berpenyakit)
FALSAFAH :
Setiap ujian yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya, asalkan kita tidak berputus asa dan
menyerah kalah.

