Page 38 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 38
SLOT 4
Tajuk : Refleksi dan Rumusan
Masa : 30 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. murid dapat menzahirkan perasaan masing-masing.
2. guru dapat mengenalpasti keadaan emosi murid.
Langkah :
1. Guru memulakan sesi dengan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada murid.
2. Guru menyoal murid apa perasaan mereka apabila dapat kembali ke sekolah.
3. Kemudian, guru meminta murid untuk berkongsi dengan dengan rakan-rakan apa yang
mereka lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Bagi setiap aktiviti baik yang dikongsi, guru memberikan peneguhan yang positif seperti
memberi pujian dan menjelaskan manfaat yang diperolehi.
5. Setelah itu, guru meminta murid untuk menyatakan perasaan masing-masing terhadap apa
yang berlaku (tidak dapat ke sekolah).
6. Kemudian, guru memberikan kata-kata perangsang dan motivasi untuk menaikkan semangat
dan jati diri murid.
7. Akhir sekali, guru merumuskan kepada murid bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Hidup tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku.
Falsafah
Hidup mesti positif. Yakin dan percaya bahawa setiap apa yang berlaku hanyalah ujian dari Allah
dan pastinya ujian itu akan diberi ganjaran yang hebat di akhirnya.

