Page 43 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 43
SLOT 1
Tajuk : SEJARAH COVID-19
Objektif : Pada akhir slot ini murid akan dapat;
1. Memahami sejarah kronologi Covid-19 di Malaysia.
2. memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memahami dan
mengamalkan kebiasaan baharu
Bahan : Lampiran 2
Sasaran : Semua murid
Masa : 30 minit
LANGKAH :
Guru menerangkan tentang sejarah kronolgi Covid-19
1. Pandemik Covid-19. juga dikenali novel koronavirus. Mula dikesan pada pertengahan
Disember 2019, di bandaraya Wuhan, Hubei China.
2. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf sebagai pandemik
bagi penyakit Covid-19. Penyebaran koronavirus berlaku di kalangan kenalan rapat
melalui titisan pernafasan yang dihasilkan oleh bersin dan batuk.
3. Virus ini boleh merebak sesama haiwan dan manusia. Jangkitan virus ini adalah sama
seperti jangkitan selesema yang lain dan komplikasi lebih teruk pada golongan lemah
imunisasi badan.
4. Merupakan musuh yang tidak nampak yang berada di sekeliling kita.

