Page 49 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 49

SLOT 2


               Tajuk          : DUNIA BAHARUKU
               Nilai          :  Pematuhan garis panduan dan amalan pencegahan
               Objektif       :  Pada akhir slot ini murid akan dapat;


                              1. memahami  amalan  penjagaan  kebersihan  diri  yang  betul  seperti  saranan
                                 Kementerian Kesihatan Malaysia

                              2. mengetahui kepentingan amalan kebersihan terhadap kesihatan diri
                              3. memahami  dengan  jelas  langkah-langkah  pencegahan  penyakit  yang
                                 disarankan

                              4. memahami peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memahami dan
                                 mengamalkan normal baharu

               Bahan          : Lampiran 3
               Sasaran        : Semua murid
               Masa           : 1 jam


               LANGKAH        :


                              1. Guru  menerangkan  tentang  amalan  mencuci  tangan  sebagai  amalan
                                 kebersihan harian

                              2. Guru mengedarkan lampiran Aktiviti 2 dan aktiviti 3.

               NOTA GURU :-

               Amalan Mencuci Tangan
               Amalan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya guru  -
               untuk  mencegah  penularan  COVID-19  semata-mata,  amalan  mencuci  tangan  ini  juga  untuk

               kesihatan semua (dan menghindarkan) mana-mana penyakit lain juga. Menurut Pakar Perubatan
               Kesihatan Awam, jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap

               mungkin terutama apabila menyentuh sebarang permukaan.
               Jika di rumah pula, kita dinasihatkan mencuci tangan selepas selesai melakukan aktiviti dalam
               rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Seperti

               sebelum makan, selepas makan, ketika menyediakan makanan, keluar dari tandas, itu perkara
               rutin  yang  perlu  diperkukuhkan.  Pakar  Perubatan  Kesihatan  Awam  juga  lebih  menggalakkan

               amalan  mencuci  tangan  dengan  menggunakan  sabun  berbanding  penggunaan  bahan  nyah
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54