Page 50 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 50

kuman, sekiranya orang awam ada akses kepada air dan sabun. Apa juga jenis sabun boleh
               digunakan untuk tujuan itu dan langkah atau cara mencuci tangan boleh dirujuk kepada laman

               sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang akan dibincangkan.

               1.      BILAKAH PERLU MENCUCI TANGAN ?


               Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. Basuh tangan
               dengan betul dan sempurna dengan air dan sabun:

                   1.  Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
                   2.  Selepas menggunakan tandas
                   3.  Selepas mengendalikan sisa makanan

                   4.  Selepas menghembus hingus
                   5.  Selepas mengendalikan bahan yang beracun dan merbahaya

                   6.  Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.

               2.      BAGAIMANA UNTUK MEMBASUH TANGAN DENGAN BETUL?


               Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:

                   1. Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
                   2. Gosok tapak tangan
                   3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari

                   4. Gosok kuku pada tapak tangan
                   5. Gosok belakang tangan
                   6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna

                   7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55