Page 55 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 55

4.      PENGGUNAAN PELITUP MUKA (PENGUNAAN DAN PELUPUSAN)


               Memakai pelitup muka di tempat awam merupakan cara untuk membantu pengawalan jangkitan
               COVID-19. Bukti saintifik menunjukkan penggunaan pelitup muka berkesan dalam mengawal
               jangkitan awal. Inilah kunci inisiatif kesihatan awam, kerana sebilangan besar jangkitan COVID-

               19 berlaku pada fasa asimptomatik. Ia terbukti berkesan sama seperti amalan membasuh tangan
               sebagai langkah mengurangkan jangkitan


                       Penutup  mulut  dan  hidung  tiga  lapisan  adalah  paling  sesuai  digunakan  orang  awam
               sebagai  langkah  pencegahan  ekoran  penularan  wabak  koronavirus.  Ia  lebih  selamat  kerana
               boleh menghalang virus berkenaan tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan

               cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti koronavirus. Bagaimanapun, penutup mulut dan
               hidung yang digunakan perlu ditukar dalam tempoh beberapa jam untuk mengelakkan kuman

               terus membiak.

                       Pelitup  muka  atau  perubatan  yang  betul  mempunyai  tiga  lapisan,  dan  setiap  satu

               mempunyai fungsi yang spesifik:
                   •   Lapisan luar yang berunsur hidrofobik atau kalis-bendalir

                   •   Lapisan tengah untuk menapis kuman
                   •   Lapisan dalam untuk menyerap lembapan daripada udara yang kita hembus keluar.
               Fungsi lapisan biru atau hijau adalah untuk mencegah kuman daripada melekat padanya, dan ia

               sepatutnya memandang ke luar. Jika pelitup dipakai sebaliknya, lembapan dalam udara akan
               melekat padanya, dan memudahkan kemasukan kuman. Semasa menarik nafas, kuman akan
               berpindah daripada lapisan luar, terus ke dalam paru-paru anda.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60