Page 21 - BULETIN IBEST Edisi PKPB (24.04-25.05.2020)
P. 21

INOVASI                IMTIAZ, THE BEST SCHOOL IN THE WORLD | QURANIK . ENSIKLOPEDIK. IJTIHADIK



     SMART SPRINKLER
                                                                     Rasulullah  SAW  melewati  Sa'ad  yang  sedang
                                                                     berwuduk,
                                                                                                           "Jangan
                                                                                  beliau
                                                                                            mengatakan:
                                                                     berlebihan!"  Maka  Sa'ad  berkata,  "Ya  Rasulullah
                                                                     apakah ada berlebihan dalam masalah air?" Beliau
                                                                     berkata,  "Ya,  walaupun  engkau  berada  pada
     Pada  masa  kini,  perindustrian  dalam                         sungai yang mengalir." (Ibn Majah).
     sektor  pertanian  semakin  membangun
     seiring  dengan  pembangunan  negara.
     Walau  bagaimanapun,  wujud  satu
     masalah  utama  yang  dialami  oleh
     pengusaha     tanaman     iaitu   kos
     perbelanjaan  pertanian  yang  tinggi.
     Selain  itu,  kegiatan  pertanian  dalam
     skala yang luas memerlukan masa dan
     kerahan tenaga manusia yang banyak
     menyebabkan minat masyarakat dalam
     aktiviti  pertanian  semakin  berkurang.
     Hal  ini  demikian,  boleh  menyebabkan
     pembaziran kos sekaligus menjejaskan
     sumber  ekonomi  negara  dalam  sektor
     pertanian.  Justeru  itu,  kami  telah
     mencipta    satu  produk  yang  kami
     namakannya ‘Smart Photonic Sprinkler’
     bagi  memastikan  masalah  ini  dapat
     diselesaikan dengan berkesan.
     Berdasarkan  permasalahan  ini,  kami
     telah menginovasikan sebuah ‘sprinkler’
     biasa  dengan  mengaitkan  Revolusi
     Industri 4.0 dan menerapkan salah satu
     daripada  17  Matlamat  Pembangunan
     Lestari  iaitu  ’Affordable  and  Clean
     Energy’.  Produk  inovasi  kami  ini
     menggunakan  teknologi  hijau  iaitu
     daripada  sumber  tenaga  solar  dan
     tenaga  angin  untuk  menjana  elektrik.
     Sistem  arduino  yang  dipasang  pada
     produk  ini  melibatkan  instrumen-         PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN INOVASI 2020
     instrumen seperti Real Time Clock (RTC),
     Spy Camera dan Rain Sensor yang juga        Nama pelajar:
     bersifat mesra pengguna.                    1) Muhamad Asyraf Fahmi Bin Mohd Saiful Hazmi
                                                 2) Ahmad Ubaidah Bin Mohd Anuar
     Kesimpulannya,    kelebihan-kelebihan       3) Harris Imran Bin Hassan
     yang  kami  perkenalkan  pada  produk       4) Abrisam Hafiz bin Azhar
     ini diharapkan mampu membuka minda          5) Muhamad Akram Bin Mohd Efendy
     dan  mata  masyarakat  untuk  memilih       Nama sekolah : SM IMTIAZ YT BESUT
     produk  yang  lebih  mesra  alam  dan       Pencapaian: Bronze Medal
     mesra  pengguna.  Harapan  kami,            Projek: Smart Sprinkler
     produk  ini  boleh  menjadi  solusi         Kategori: Agriculture and Engineering
     terhadap masalah yang dihadapi oleh         Program : Perlis International Engineering Invention Innovation Exhibition
     para  petani  sekali  gus  membantu         (Pi-ENVEX) 2020
     meningkatkan  kualiti  dan  taraf  hidup    Tempat: Universiti Malaysia Perlis (online submission)
     mereka.                                     Tarikh : 18 - 21 Mei 2020
                                                 Peringkat: Antarabangsa

   21|BULETIN IBEST
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26