Page 7 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 7

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
                                                                             Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya



                                                     PRAKATA


               Assalamualaikum warahmatullah,

                        Kolej  Kemahiran  Tinggi  MARA,  MARA-Japan  Industrial  Institute  dan  Institut

               Kemahiran MARA merupakan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang berasaskan
               kemahiran teknikal. Institusi yang secara ringkasnya disebut sebagai KKTM, MJII dan
               IKM  ini  menawarkan  pelbagai  program  bagi  memenuhi  kehendak  dan  keperluan
               industri  semasa.  Ia  dibangunkan  dengan  berdasarkan  visi  dan  misi  MARA  iaitu
               menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat
               bangsa,  seterusnya  membentuk  modal  insan  TVET  yang  holistik  dan  berteraskan
               nilai-nilai keusahawanan.


                       Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan syabas dan tahniah
               diatas  kejayaan  saudara  /  saudari  yang  terpilih  dan  mendapat  tawaran  belajar  di
               Institusi Pendidikan MARA.


                       Dalam  memastikan  kualiti  pendidikan  yang  ditawarkan  sentiasa  mencapai
               standard  yang  ditetapkan,  setiap  pusat  dilengkapi  dengan  infrastruktur  dan
               kemudahan  bagi  memastikan  proses  pembelajaran  dapat  berjalan  dengan  lancar.
               Kurikulum  setiap  program  dibangunkan  dengan  mengambil  kira  perkembangan
               industri semasa serta mematuhi keperluan akreditasi Malaysian Qualifications Agency
               (MQA).


                       Menerusi  pembelajaran  berasaskan  teknikal,  pelajar  didedahkan  dengan
               pendidikan yang lebih menjurus kepada bidang-bidang yang bakal diceburi kelak di
               samping menerapkan nilai-nilai keusahawan dalam sistem pembelajaran. Selain itu,
               nilai-nilai murni turut diberi perhatian bagi merealisasikan pembentukan modal insan
               yang dititikberatkan dalam agama Islam.

                       Diharapkan Buku Panduan Pelajar ini dapat memberi sedikit panduan kepada
               semua pelajar sepanjang berada di Institusi Pendidikan MARA.


                       Akhir  kata, diucapkan  selamat  datang  ke  MARA  dan didoakan  segala  yang
               terbaik untuk semua.

               Wassalam



               PENGARAH
               BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL
               MARA



                                                            iv
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12