Page 8 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 8
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
PRAKATA
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan
Pelajar ini diterbitkan sebagai panduan ringkas untuk para pelajar Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dalam mengharungi tempoh pengajian di Kolej
ini.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada para pelajar kerana telah
memilih Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya sebagai tempat untuk
menggilap potensi diri. Adalah diharapkan kepada semua pelajar yang mendaftar di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya ini dapat menyesuaikan diri
dengan vendid pembelajaran yang telah dirangka bagi memenuhi keperluan dan
kehendak vendidik serta pihak IPTA / IPTS.
Untuk makluman, program yang dijalankan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA
(KKTM) Petaling Jaya ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Malaysian
Qualifications Agency (MQA) bagi menjamin kualiti vendidikan yang ditawarkan. Oleh
yang demikian, pelbagai kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan telah disediakan
untuk para pelajar sejajar dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebagai sebuah
pusat vendidikan.
Semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat membantu para pelajar di dalam
membuat sebarang perancangan terutamanya yang bersangkutan dengan hal-hal
akademik serta menjadi salah satu sumber informasi mengenai Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya. Akhir kata saya ucapkan selamat maju jaya
kepada semua pelajar dan masa depan anda bermula di sini.
Sekian.
PENGARAH
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PETALING JAYA
v

