Page 73 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 73
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
6. Sebagai Setiausaha Pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti pendaftaran murid baru pada setiap
tahun bersama Pen.Kanan HEM dan Penyelaras Tingkatan.
• Memanggil mesyuarat AJK Pendaftaran pada akhir bulan Oktober.
• Menyediakan risalah berkaitan dengan sekolah dan Unit HEM.
7. Menyelaras Pengurusan Kehadiran dalam APDM dan Dokumen berkaitan Murid
Menyemak Kehadiran Murid untuk memastikan:-
• Kehadiran murid diambil oleh guru kelas atau Penyelaras Tingkatan setiap hari
• Menyemak kehadiran murid untuk memastikan guru kelas/penyelaras tingkatan
• menghantar Surat Amaran 1,2 dan 3 (Surat Amaran Murid Tidak Hadir Sekolah).
• Guru tingkatan/ penyelaras tingkatan melengkapkan maklumat murid dalam APDM.
• Semua murid mempunyai nombor pendaftaran sekolah.
8. Sebagai Setiausaha Perhimpunan Rasmi Sekolah (Dengan Bantuan Guru Perhimpunan
Mingguan)
Menyemak Borang Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Jumaat untuk memastikan:
• Guru Bertugas bersedia untuk melaksanakan perhimpunan mengikut masa
yang ditetapkan oleh Pen. Kanan HEM.
• Ada guru bagi menggantikan guru bertugas yang tidak hadir/ menghadiri
kursus/mesyuarat, dengan merujuk Jadual Bertugas Mingguan.
• Bekerjasama dengan Guru Pengawas bagi melicinkan perhimpunan setiap
hari Isnin.
• Mengawal perhimpunan supaya mematuhi masa yang ditetapkan oleh Pen. Kanan/
dibenarkan oleh Pengetua.
9. Memastikan guru-guru tingkatan mengemaskini makumat SMM 3 kali setahun
mengikut jadual yang disediakan oleh Guru Data SMM atau yang diarahkan oleh
PPD/JPS.
10. Menyemak Buku Pendaftaran Masuk Murid.
Menyemak buku tersebut untuk memastikan Guru Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas
mencatat nombor pendaftaran dan maklumat peribadi murid baru.
11. Menyelaras Penyediaan Sijil Berhenti dan Sijil Akuan Murid Tingkatan 5.
• Memastikan sijil-sijil tersebut mencukupi.
• Mengedarkan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan sekolah kepada guru
tingkatan 5 pada bulan September.
• Mengumpul draf sijil tersebut setelah disemak oleh guru tingkatan untuk pengurusan
menaip pada bulan Oktober.
• Mengedarkan sijil-sijil yang telah siap ditaip kepada guru tingkatan 5 untuk
diserahkan kepada murid sebelum berakhirnya peperiksaan SPM.
66

