Page 91 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 91
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
7. Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal berkaitan aktiviti kokurikulum.
8. Mendapatkan laporan tentang kegiatan setiap bidang kokurikulum.
9. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi
tindakan selanjutnya.
10. Menyediakan minit mesyuarat jawatankuasa kokurikulum sekolah.
11. Menguruskan penilaian aktiviti kokurikulum.
12. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum.
13. Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang
cara-cara mengerakkan aktiviti kokurikulum.
14. Merekodkan semua pencapaian sekolah dalam pertandingan kokurikulum.
Senarai Tugas Penyelaras Sukan/Permainan/Persatuan/Kelab/Badan Beruniform
1. Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Unit Gerak Kerja Kokurikulum masing-masing
sekurang-kurangnya sekali sepenggal.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.
3. Jadual perjumpaan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Gerak
Kerja Kokurikulum untuk penyelarasan.
4. Meneliti dan memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap unit dilaksanakan dengan
sempurna.
5. Mengumpul laporan kegiatan setiap unit dan diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Gerak Kerja untuk rekod sekolah.
6. Menyediakan dan mengedarkan borang bagi tujuan penilaian gerak kerja kokurikulum
kepada guru-guru penasihat unit gerak kerja kokurikulum untuk diisi dan disahkan. Borang-
borang yang lengkap diisi hendaklah dipungut dan diserahkan kepada Setiausaha
Pengurusan Maklumat Pelajar.
7. Meneliti dan menilai kegiatan setiap unit untuk diubahsuai jika perlu dan mengadakan
mesyuarat sekali dalam sepenggal persekolahan.
83

