Page 93 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 93
SMK SEKSYEN 1 BNANDAR KINRARA
BUKU MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 202
Senarai Tugas Setiausaha Sukan
1. Mengatur rancangan/jadual sukan sesuai dengan rancangan MSSD, MSSN dan MSSM
2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing berdasarkan nombor
pendaftaran pelajar.
3. Menetapkan ketua guru rumah dan guru-guru rumah.
4. Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya
sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga tahunan sekolah.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
7. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang dianjurkan oleh
badan-badan sukan yang lain.
8. Mengawal dan menjaga alat sukan dan permainan agar berada dalam keadaan baik.
9. Mengagihkan alat-alat sukan dan permainan kepada guru-guru berkenaan.
10. Mengemaskinikan buku stok sukan.
11. Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan
diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.
13. Menyediakan laporan sukan tahunan.
14. Mencadangkan nama Olahgarawan sekolah.
15. Merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kegiatan sukan.
16. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan pihak pengurusan sekolah.
Senarai Tugas Ketua Guru Rumah
1. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
2. Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah sukan, serta bertanggungjawab
menjaga alat sukan dalam keadaan baik.
3. Menyerahkan laporan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha Sukan Sekolah.
4. Mencadangkan murid yang berpotensi dan layak disenaraikan ke pasukan sekolah.
5. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang.
6. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada peringkat
sekolah.
7. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada peringkat
sekolah.
8. Bekerjasama dengan Setiausaha /Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal berkenaan
dengan peningkatan mutu sukan sekolah.
Senarai Tugas Guru Penasihat Persatuan/Kelab/ Beruniform
85

