Page 1 - UCAPAN-HARI MERDEKA -PENGETUA
P. 1
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh, Salam Sejahtera dan Salam Kemerdekaan
kepada semua warga SMK JALAN REKO .
Yang Berusaha , Encik Abu Mansor Mat Urdi Bin Yahaya , Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Encik Mohd Ridzuan Bin Abdullah , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Puan Kamaliah Binti Ismail. Penolong Kanan Kurikulum,
Yang Dihormati Puan Halleyza Binti Ibrahim , Penyelia Petang ,
Yang Dihormati Puan Yap Eit Moy ,Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru Kanan, guru-guru dan murid -murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana pada hari ini kita
dapat bersama-sama sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Jalan
Reko bagi tahun 2020. Walaupun sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini kita sambut berbeza
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana negara kita sedang berjuang melawan wabak
pendemik COVID-19, namun kita tetap menyambutnya kerana sambutan Bulan Kemerdekaan
merupakan acara tahunan bagi kelendar sekolah selaras dengan aspirasi negara bagi
membentuk rakyat Malaysia yang amat menghargai nilai kemerdekaan bagi sesebuah negara.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2020 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali
ke-63 yang bertemakan “ Malaysia Prihatin”. Walaupun majlis yang kita anjurkan serba
ringkas, harapan saya murid dapat menghayati tema sambutan kemerdekaan kali ini dan
bersama-sama kita berganding bahu merealisasikan bulan kemerdekaan ini dengan
bekerjasama memerangi pendemik COVID-19 serta mewujudkan semangat patriotisme di
kalangan genarasi muda dapat terus disemai. Selain itu, diharap dapat memberi kesedaran
dan keinsafan kepada pelajar tentang pahit getir para pejuang kemerdekaan yang berusaha
memerdekakan negara kita , mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga. Dengan
cara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita
sampai bila-bila. Genarasi muda juga diharap akan sentiasa berusaha memelihara keamanan
dan kemakmuran negara agar berkekalan. Rasa cinta yang mendalam di kalangan rakyat akan
menjanjikan negara terus mencapai kemajuan.

