Page 2 - UCAPAN-HARI MERDEKA -PENGETUA
P. 2
Setelah 63 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, harapan saya seluruh warga SMK Jalan
Reko bersama-sama mewujudkan semangat dan memahami erti kemerdekaan yang
sebenarnya. Kefahaman mengenai nikmat dan semangat kemerdekaan perlu disampaikan
melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan agar dapat menyemai semangat patriotik
yang kian luntur dalam sanubari genarasi muda di negara kita. Marilah kita bersama-sama
melahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa
cinta yang tidak berbelah bahagi . Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami,
menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu dengan lebih bermakna.
Sesungguhnya tujuan program bulan kemerdekaan ini diadakan untuk menyemarakkan lagi
rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang kerajaan akan adakan sempena
Bulan Kemerdekaan tahun ini . Anak genarasi selepas merdeka perlu sentiasa disedarkan dan
digegarkan pemikiran mereka supaya tidak lalai dan bersikap selesa dengan kemakmuran
yang mereka nikmati.
Guru-guru dan murid-murid sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Saya
menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan
Jalur Gemilang termasuk di rumah kita sendiri dengan penuh bangga serta gembira bahawa
Malaysia ini tanah air kita. Semoga dengan cara itu, kita dapat menyemarakkan lagi semangat
patriotisme kepada tanah air tercinta. Di samping itu, ,usaha bersepadu dan berterusan perlu
dilakukan agar semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus bersinar Seterusnya ,
menghayati logo dan tema bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang
melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
seterusnya simbolik kepada kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19.
Akhir kata, dengan lafaz Bismilahirahmannirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan SMK Jalan Reko bagi tahun 2020.
Sekian, terima kasih.

