Page 45 - PADANG CERITA IPDPD
P. 45

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING(BAKA) IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR
                               SUDUT SANTAPAN ROHANI:


                               KERJA ITU ADALAH SUATU IBADAH

                               Oleh: Wan Mohd Asyraf bin Wab Azmi






















































                      Penyelia memeriksa kenderaan MPV polis sebelum menandatangani buku lawatan tersebut

             Bekerja Sebagai Ibadah dapat Meningkatkan Sikap Integriti.

             Ia dikemukakan semata-mata untuk memotivasikan kita seterusnya melonjakkan prestasi kerja kita
             hingga mencapai ke tahap yang tertinggi dari segi integritinya.Kita sebagai khalifah Allah di muka
             bumi yang bersifat sebagai pelaksana dan penegak kepada agama serta bersiyasah dengannya. Kita
             memegang  sejumlah  amanah  dan  tanggungjawab  yang  diperintah  dan  ditaklifkan  kepada  kita.
             Terlalu  banyak  bentuk  pekerjaan  yang  boleh  kita  lakukan.  Yang  penting  adalah  halal  dan  tidak
             bertentangan  dengan  Syariat  sama  ada  kita  sebagai  peniaga,  tokoh  korporat  yang  besar,  petani,
             pekebun, penternak, nelayan, pertukangan, mengambil sebarang upah, penjawat awam, bekerja di
             sektor  swasta,  maka  semuanya  adalah  digalakkan.  Begitu  juga  pembetulan  niat  setiap  kali  kita
             bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintah oleh Allah.

             Maksudnya:  “Barangsiapa  mencari  rezeki  halal  untuk  menjaga  diri  daripada  meminta-minta,  dan
             dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia
             akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”




                                                           40
   40   41   42   43   44   45   46   47