Page 46 - PADANG CERITA IPDPD
P. 46
Cabaran dalam Mencapai Integriti
Cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika menjawat jawatan dalam perkhidmatan sama
ada kerajaan, berkanun atau swasta amatlah banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu
mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti dan diantaranya adalah seperti berikut:
Pertama: Rasuah
Rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau
dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan
budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan
keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT
harus dititikberatkan dalam apa jua urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan
budaya ini.
Kedua: Khianat
Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiayai atau mendatangkan kecelakaan kepada
orang lain, melakukan tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia sama ada kepada negeri, bangsa
dan lain-lain.Firman Allah SWT: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Ketiga: Berdusta atau Berbohong
Ia bermaksud berkata yang tidak benar. Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada
kebaikan dan sesungguhnya kebaikan membawa kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu
melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala
kedustaan membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka.
Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di
sisi Allah sebagai seorang pendusta.Riwayat al-Bukhari (6094)
Gambar kiri:
Anggota Balai Polis
Beseri memeriksa
buku daftar pelang-
gan di sebuah kedai.
Gambar kanan:
Anggota Balai Polis
Kaki Bukit membuat
pemeriksaan keatas
sebuah kereta yang
melalui SJR.
Tekun dan dedikasi
Itqan (tekun) dalam bekerja bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan
daripada seseorang sebagaimana yang dikehendaki oleh orang tersebut tanpa kurang sedikitpun,
dengan sesempurna mungkin disertai dengan usaha yang kuat agar tidak terlewat daripada waktu
yang telah ditetapkan.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan
sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”
41

