Page 14 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 14
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SMK Bandaraya Kota Kinabalu Dengan Penuh Tekad Dan
Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan
Usaha Kami Untuk :
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
dilaksanakan 100%.
2. Memastikan keselamatan dan kebajikan murid serta staf dalam
semua aspek diutamakan.
3. Memastikan semua murid terlibat dalam semua aktiviti kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan
agensi luar.
4. Memastikan sukatan muridan dihabiskan selewat-lewatnya bulan
Julai bagi murid-murid Tingkatan 3, bulan Ogos bagi murid-murid
Tingkatan 5, dan bulan September bagi murid-murid Tingkatan 1,
Tingkatan 2 dan Tingkatan 4.
5. Memastikan semua staf mendapat peluang meningkatkan
kemahiran dan ilmu sekurang-kurangnya 7 hari setahun supaya
dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
6. Memastikan urusan pendaftaran dan perpindahan murid siap
dalam tempoh satu hari.
7. Memastikan pihak sekolah menyediakan suasana dan persekitaran
sekolah yang selamat dan kondusif untuk murid dan staf.
8. Memastikan setiap surat dan arahan daripada PPD, JPN dan KPM
mendapat tindakan segera dalam tempoh tiga hari.
9. Memastikan aduan ibu bapa murid diambil tindakan segera.
10. Memastikan pihak sekolah menganjurkan program bersama ibu
bapa dan komuniti setempat sekurang-kurangnya tiga kali setahun
supaya dapat mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat
permuafakatan
14

